Sulit

2 tahun

Cirit birit & sakit Kepala berterusan walaupun telah makan ubat,

saya isteri kepada suami saya, di tempat kerja suami saya boss nya telah positive covid… dan pada 10/05 boss nya baru rasa simptom2 covid tetapi memakai mask ke tempat kerja. suami saya mula cuti pada 8/05 kerana ayahnya yang nazak sakit. kemudian pada 16hb HR di tempat kerja suami call maklumkan pada suami yg bossnya positive covid yang telah dibuat swab test pertama di hospital swasta. kemudian diteruskan untuk swab test di hosp gov dan resultnya keluar pada 18hb tersebut juga positive. Di dlm office tu ada 4org shj pekerja iaitu, boss, HR, ACC & suami saya. HR & ACC telahpun membuat saringan swab test tetapi negative. dan sekarang tengan kuarintin kan diri selama seminggu. office kini ditutup dan akan mula operasi pada 24/05 nanti. HR tempat keja suami ckp suami saya xperlu buat swab test sbb bkn contact rapat, cuma keja satu office ja… . suami saya sekarang mengalami cirit birit yg teruk sehingga membuang lebih dri 20kali sehari dan badanya agak letih, kemudian dia demam dengan suhu 37.6 dan juga sakit kepala. saya memberi ubat demam kepadanya dan alhamdulillah demamnya sudah tiada. cuma sekarang sakit kepala & cirit masih berlarutan hari yg ke3 tetapi tidaklah teruk seperti hari yg pertama lebih kurung sehari 10kali membuang. ubat cirit dan air garam oren (cirit) pon dah makan tapi masih cirit juga. bkn suami shj yg cirit skrang boleh katakan 1 family saya yg tinggal berdekatan rumah turut cirit dan demam. sedangkan kami semua xada makan benda yg sama. cuma selalu berkumpul dirumah mak saya shj.(rumah kami jarak sebiji rumah ja dekat sngt) kak ipar saya pon dah mula cirit tapi tak demam lg. boleh sya tahu tak puncanya kenapa ?? adakah disebabkan cuaca ?? kami semua xpergi klinik lg hanya beli ubat di farmasi shj mkn. dan 1 lagi soalan saya adakah suami saya perlu buat swab test juga ?? saya dah mula risau sbb saya juga skrang turut cirit, sakit kepala dan letih badan.

Mohon maklum balas secepat mungkin kepada saya. segala jasa baik anda amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Selamat sejahtera, terima kasih menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:

  • jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
  • alergi atau alahan makanan atau susu
  • gangguan enzim tubuh (jarang)
  • penyakit lain di saluran pencernaan

Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Pihak anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:

  • lemah lesu badan
  • pening kepala / pitam
  • berak cair / cirit-birit yang berterusan atau bertambah parah
  • mual / muntah

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Berkenaan kerisauan anda mengenai COVID-19, sekiranya pihak anda atau suami, mempunyai sejarah kontak rapat atau gejala COVID-19, pihak anda dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan bagi mengetahui status kesihatan anda. Untuk makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Menurut KKM, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:

  • Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
  • Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
  • Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
  • Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19

Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Terima kasih

toilet

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)