
Sulit
4 tahun
Contact rapat pesakit covid 19 dan mempunyai symptom sakit dada, batuk dan sesak nafas
Saya contact rapat patient covid. 2 result swab test pertama negative tapi saya ada symptoms batuk, sakit dada dan sesak nafas. Result test covid yg ke 3, dpt detect satu gene covid tp hospital x dpt nk conclude either positive or negative so result jd inconclusive. Saya ada buat swab test kali ke 4 smlm dan masih lf menunggu result tp dada saya makin sakit. Saya x boleh ke hospital untuk check sbb saya dikira borderline patient. Ape yg patut saya buat?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi gejala positif COVID-19. Tambahan lagi, tidak mustahil bagi seseorang untuk terjangkiti virus COVID-19 setelah melakukan ujian swab. Justeru lazimnya ujian swab akan dilakukan setiap kali didapati seseorang itu mempunyai risiko.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, WHO telah menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun sila segera ke klinik atau hospital sekiranya anda mengalami
- sesak nafas yang berat secara tiba-tiba
- demam panas atau peningkatan suhu tubuh yang mendadak
- penurunan kesedaran secara tiba-tiba
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini