
Sulit
5 tahun
Covid-19: Perlukah kontak rapat kepada kontak rapat (saringan negatif) pesakit Covid-19 membuat saringan?
Hi, Dr. Kawan saya berjumpa dengan kontak rapat kepada kes ke-26 Covid-19 pada Khamis lepas selama beberapa jam. Kontak rapat tersebut telah disahkan negatif dalam ujian saringan. Setakat ini, kawan saya tak ada simptom Covid-19 tapi kami risau sebab terdengar ada kes yang hanya disahkan positif selepas menjalani dua atau lebih ujian saringan. Soalan saya ialah, perlukah/bolehkah kawan saya membuat ujian saringan di klinik kesihatan? Perlukah dia dikuarantinkan sepanjang 14 hari. Sekian, terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami tentang “self quarantine” yang menyebabkan kekeliruan ramai. Memandangkan anda baru pulang dari Bandung,Indonesia, anda harus memantau gejala-gejala COVID19 seperti:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Buat masa ini, anda boleh menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19). Pada akhir ujian ini, anda akan diberi keputusan. Maka, sila ikut arahan yang dinyatakan.
“Self-quarantine” hanya disarankan kepada seseorang yang mempunyai gejala lebih-lebih lagi kontak rapat pesakit positif atau baru pulang dari negara berisiko tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini. perkhidmatan ini ialah percuma.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini