
Sulit
4 tahun
Cucuk depo impak kepada period
Saya 26 tahun baru melahirkan anak secara ceaser nov 2020… ambik depo pada hujung nov 2020… dtg haid pada hujung dis 2020… jika saya bersama suami pada januari… adakah peratus hamil saya masih tinggi…sebab depo peratus tidak hamil 98%… n adakah masalah hormon jika tidak datang bulan pada januari

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Penggunaan ubat tertentu
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil/Suntikan Kontraseptif atau IUCD
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
Mahupun kondisi seperti
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Yang jelas, untuk mengetahui lebih banyak tentang suntikan perancangan keluarga anda, anda perlu mendapatkan informasi yang lebih menyeluruh dari doktor di klinik tersebut agar maklumat yang disampaikan berkesinambungan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Terkait kondisi haid yang tidak teratur, anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.