Sulit
3 tahun
Dada menekan menyebabkan batuk
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya mempunyai sejarah jantung belubang ketika bayi. Sejak beberapa hari nie dada saya rasa menekan dan menyebabkan batuk. Hampir setiap jam saya batuk disebabkan tekanan tersebut. Saya juga merasakan degupan jantung saya cepat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan agar pihak kami boleh memahami lebih baik maslaah yang anda alami.
Akan tetapi, masalah degupan jantung laju ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah ritma jantung
Masalah hormon tiroid
Masalah anxiety
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.