Sulit
2 tahun
Dah sebulan lebih saya kerap berasa loya dan kadangkala muntah
Saya wanita berusia 23 tahun dan belum berkahwin. Sejak bulan lepas iaitu bulan Ramadhan, saya kerap kali rasa loya selepas sahur, selepas mandi dan selepas berbuka puasa. Kadangkala saya hanya muntah air yang berbuih dan jumlahnya sedikit. Sebelum itu, pada awal bulan Ramadhan saya demam panas dalam seminggu dan batuk-batuk dalam beberapa minggu. Boleh saya tahu kenapa saya sering berasa loya? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah muntah-muntah, seperti:
- Masalah pemakanan (makan terlalu banyak)
- Masalah penghadaman
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Migrain
- Masalah keseimbangan badan (telinga)
- Masalah psikologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang kami tidak sebutkan di atas. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.