
Sulit
4 tahun
Dalaman hidung bengkak.. sehingga sukar bernafas melalui hidung
Saya nk tahu berapa lama ia akan sembuh saya sudah pergi klinik mereka bagi ubat natal spray dan ubat flu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar bernafas melalui hidung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kronik sinusitis
- Ketumbuhan polip di dalam hidung- Ia adalah antara kondisi yang biasa dilihat dalam pesakit kronik hidung seperti sinusitis dan asma. Ianya tidak berbahaya melainkan jika ia kerap berdarah atau jika ia tutup kedua-dua belah lubang hidung. Ia sering kali membawa masalah seperti berdengkur dan tidur terganggu.
- Masalah asma
- septum hidung bengkok
Proses penyembuhan menggunakan nasal spray bergantung kepada keadaan dan tiada tempoh tepat yang dapat dinyatakan, lebih-lebih lagi punca masalah tidak diketahui.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar telinga, hidung dan tekak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.