Sulit

3 tahun

Darah tinggi dan pada masa yang sama kurang garan dalam darah

Salam sejahtera, saya seorang lelaki berumur 25 tahun. Beberapa hari lepas saya berasa menggigil satu badan dan berasa mahu pitam. Keluarga saya telah membawa saya ke klinik kesihatan, pada mulanya sdokyor periksa saya dan mengatakan skadar gula dalam darah rendah dan doktor menyuruhsaya untuk tidak berpuasa dan hadir ke klinik untuk pemeriksaan setiap hari. Semasa melakukan pemeriksaan doktor telah mengatakan bahawa tekanan darah saya tinggi dan kadar garam di dalam darah pula kurang. Doktor di klinik kesihatan tersebut juga tidak tahu apa masalahnya. Bolehkan doktor-doktor di sini menjelaskan kepda saya apakah masalah kesihatan saya ini? Terina kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah lebih terhad berbanding dengan doktor di klinik. Hal ini kerana, maklumat yang anda berikan adalah sangat terhad untuk kami di sini membuat kesimpulan. Oleh itu, sukar untuk saya mengulas lanjut mengenai punca masalah anda.

Namun begitu, antara punca bagi masalah tekanan darah tinggi adalah:

  • Umur: Apabila umur meningkat, tekanan darah juga akan meningkat kerana saluran darah menjadi lebih keras dan sempit disebabkan oleh plak yang tersumbat dari semasa ke semasa.

  • Etnik/ kaum: Mereka yang berbangsa Afrika-Amerika, Amerika-India/ Alaska natif, Asia atau natif Hawai dan kepulauan Pacific mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit darah tinggi berbanding kaum atau bangsa lain.

  • Saiz dan berat badan: Semakin besar atau berat seseorang, semakin banyak kuantiti atau kandungan darah dalam badan dan semakin tinggi tekanan darah.

  • Jantina: Lelaki lebih terdedah untuk mendapatkan masalah ini pada usia muda berbanding wanita yang lebih terdedah untuk mendapatkannya pada usia yang lebih tua.

  • Masalah kesihatan yang sedia ada: Masalah kesihatan seperti masalah buah pinggang, kencing manis dan masalah tidur “sleep apnea” juga boleh meningkatkan tekanan darah.

  • Kekurangan aktiviti fizikal: Mereka yang kekurangan aktiviti fizikal selalunya memiliki kadar denyutan jantung yang lebih tinggi dan hal ini mengakitbatkan jantung bekerja dengan lebih keras dan memberikan tekanan yang tinggi kepada saluran darah dan juga tekanan darah itu sendiri.

  • Pemakanan yang tinggi kandungan garam, kolesterol, dan makanan yang diproses

  • Makan makanan yang rendah kandungan potasium: Terlalu rendah potasium dalam darah menyebabkan kandungan sodium meningkat dan hal ini boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi.

  • Sejarah keluarga: Tekanan darah tinggi merupakan penyakit keturunan dimana apabila ada ahli keluarga yang menghidapinya, risiko untuk ahli keluarganya memiliki masalah yang sama juga meningkat.

  • Merokok

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

hipertensi%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)