Sulit
4 tahun
Demam Dan mengalami sakit dada
Hi doctor… Hari nie Hari ke dua sy demam dan mengalami sakit d bahagian dada… Dan Saya x pernah ke luar Negara… Blh doctor terang kn mengapa sy sakit dada dlm kadaan demam Dan langkah utk sembuh dari sakit dada… Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam biasanya terjadi akibat reaksi tubuh terhadap jangkitan samaada jangkitan virus mahupun kuman. Oleh itu, langkah untuk sembuh daripada penyakit ini adalah dengan merujuk ke doktor agar dapat diberikan ubat yang sesuai untuk membasmi mikroorganisma penyebab demam. Merujuk kepada sakit dada pula, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas sehingga sukar untuk kami menentukan penyebab sakit dada ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.