Sulit
3 tahun
Demam panas,sakit tulang dan sebagainya
saya wanita berusia 16 tahun dan seminggu yang lalu saya rasa badan saya panas sangat bila waktu pagi dan malam sahaja dan saya juga rasa sesak nafas,sakit sendi,sakit tulang,sakit tekak dan loya . saya sebelum ini pernah kena demam denggi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera.
Sekarang, kita masih mengalami pandemik COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, panas badan yang anda nyatakan agak subjektif dan memerlukan kiraan menggunakan termometer. Hal ini kerana panas badan boleh disebabkan:
- hormon tiroid berlebihan
- obesiti
- sindrom premenstrual
Sakit sendi dan gatal tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan lain selain COVID-19. Antaranya:
- jangkitan common cold/influenza
- obesiti
- cuaca panas dan kurang air
- Demam denggi
- Malaria
- Leptospirosis
Keperluan ujian adalah bergantung kepada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.