
Sulit
5 tahun
Demam selepas 4 hari pulang dari bali
Saya dan suami baru pulang dari Bali pada 15/3. tiada simptom covid pada kami tp selepas 4 hari pulang suami sy mengalami demam.perlu kah kami check di kkm atau terus ke hospital kerana kami telah melakukan saringan di kkm sblum ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Terma demam adalah sangat subjektif melainkan jika anda mengambil bacaan suhu badan menggunakan termometer. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Pengendalian ujian COVDI-19 ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19). Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Terdapat pelbagai punca demam yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus lain di saluran pernafasan
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan kuman di usus
- Benjolan nanah
- Demam denggi
- Malaria
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini