
sarah_annnys
5 tahun
Diabetes Kaki bengkak
Saya nisa, kawan saya penghidap diabetes, kakinya melecet di bahagian betis, setelah luka tersebut kering, secara tiba-tiba kakinya bengkak, jadi apakah punca bengkak tersebut Dan bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan bengkak tersebut? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,pesakit diabetes memang mempunyai risiko mendapat penyakit buah pinggang (diabetic nephropathy) yang boleh menyebabkan bengkak kaki. Walau bagaimanapun, kita harus sedar bahawa terdapat pelbagai masalah yang boleh menyebabkan bengkak kaki dan ia bergantung kepada sama ada kedua-dua belah kaki atau sebelah kaki sahaja terlibat.
Sekiranya bengkak itu adalah di sebelah kaki sahaja, sebab-sebab lain yang perlu dipertimbangkan termasuk:
- Jangkitan kuman (Cellulitis)
- Trombosis urat dalam (DVT)
- Keradangan dalam tisu kaki akibat kecederaan atau penyakit lain (eg: gout, osteoarthritis atau artritis reumatoid)
Contoh sebab-sebab berlakunya bengkak kedua-dua belah kaki termasuk:
- Kegagalan jantung, kardiomiopati (masalah otot jantung), pericarditis (keradangan tisu jantung)
- Cirrhosis (hati berparut)
- Kegagalan buah pinggang akut, penyakit buah pinggang kronik, sindrom nefrotik (kerosakan sistem penapisan buah pinggang)
- Penyakit vena kronik dan masalah urat varikos
- Lymphedema (penyumbatan sistem kelenjar limfa)
- Berat badan berlebihan, tidak aktif, duduk atau berdiri untuk waktu yang lama
Ingat bahawa bengkak kaki dianggap sebagai kes kecemasan sekiranya terdapat tanda-tanda lain seperti sakit dada, kesukaran bernafas, pengsan atau pening dan batuk darah.
Seseorang yang mempunyai bengkak kaki patut melawat doktor untuk diperiksa. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang rakan anda hadapi dan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.