Sulit
6 tahun
Diabetes tanpa berubat
Hi, saya llki berusia 26 dan sy mula dikesan ada diebetes sjak usia awal 20 an apabila melakukan test glucose level di rumah (kedua2 belah fmly ayah dan mak saya boleh dikatakan 4 dari 5 org ada diebetes termasuk 3 dr 5 adik brdik saya ada diebetes), saya tak berubat, dan bacaan amat tggi (ketika puasa pun bacaan 16 mmol/l)
Tapi sy msih tak ambik ubat sbb saya tak mau badan saya nanti akan bergantung pada ubat tapi saya risau,
Apa pendapat Doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing manis atau diabetes adalah merupakan penyakit kronik yang mana bermaksud penyakit ini tidak boleh diubati. Terdapat dua jenis diabetes; diabetes jenis 1 terjadi apabila insulin tidak diproduksi oleh badan, sementara itu diabetes jenis 2 terjadi apabila insulin kurang sensitif sehingga tidak berfungsi. Sebaiknya anda melakukan kunjungan ke doktor dan memulakan pengubatan. Pemeriksaan glucose level yang dilakukan hanya sekali belum cukup untuk mendiagnosis anda sebagai diabetes.
Untuk pengetahuan anda juga, ubat diabetes bukanlah ubat yang menyebabkan ketergantungan. Akan tetapi badan anda memerlukan insulin yang efektif untuk bekerja dan meneruskan metabolisme tubuh. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan banyak komplikasi yaitu:
- Nefropati - merosakkan buah pinggang
- Retinopati - merosakkan retina mata sehingga buta
- Penyakit jantung
- Gangren (tissue mati)
- Jangkitan mudah merebak
- Mati pucuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























