
Sulit
4 tahun
Dinding rahim tebal walau pun sudah buat d&c 3 bln yg lepas
Sya wanita umur51, dinding rahim masih tebal setelah dibut d&c 3 bln lepas.skrg sya mkn ubat hormon Provera utk 3 bln akn dtg. Doktor berkata selepas 3 bln masih tebal perlu buat d&c lagi…apa pendapat doktor.Tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, saya menangkap bahawa ‘penebalan rahim’ adalah kondisi yang juga dikenali sebagai ‘endometrial hyperplasia’.
Endometrial hyperplasia terjadi akibat ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan dinding rahim menebal dan tidak dapat gugur sebagai darah haid. Ubat yang diberikan berfungsi untuk stabilkan hormon dan menipiskan ketebalan dinding rahim. Oleh itu, selepas 3 bulan jika tiada perubahan, anda perlu melakukan D&C seperti yang dinyatakan oleh doktor anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.