
akasahfirdaus
4 tahun
Ekzema pada jari tangan kanan dan kiri
Saya mengalami ekzema pada bahagian jari di tangan kanan dan kiri. Apa yang menghairankan adalah ekzema ini berlaku pada ibu jari,jari ketiga dan keempat di kedua2 belah angota tangan saya. Saya akan sering berasa gatal yang merenyam dan kulit saya akan kering melepuh dan mudah berdarah. Selepas mendapatkan rawatan ianya akan hilang dan dalam masa beberapa bulan ekzema ini akan kembali pada tempat yang sama. Untuk pengetahuan doctor saya bekerja kilang sebagai qc inspector dan tidak ada masalah kesihatan yang lain

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit kulit ekzema (Eczema) adalah sejenis keadaan kulit yang bercirikan kegatalan dan keradangan kulit. Kebanyakan orang secara berkesan boleh menguruskan penyakit ekzema dengan rawatan perubatan dan dengan mengelakkan kerengsaan.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk kurangkan simptom eksema ini seperti:
Perubahan gaya hidup
- Penggunaan losyen dan krim disyorkan untuk menjaga kulit lembap.
- Pemampatan sejuk juga boleh digunakan untuk melegakan kegatalan.
- Mengurangkan tekanan atau stress termasuk melakukan senaman pernafasan yang mendalam, mengamalkan yoga, bermeditasi, mendengar muzik, dan mengutamakan tidur malam yang baik.
Ubat-ubatan
- Produk “over-the-counter” (OTC) , seperti krim “hydrocortisone” 1%, atau krim preskripsi dan salap yang mengandungi kortikosteroid, sering disyorkan untuk mengurangkan keradangan.
- Jika kawasan yang terjejas dijangkiti, doktor anda mungkin menetapkan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan .
- Ubat “antihistamine” untuk mengurangkan kegatalan yang teruk.
- Ubat “cyclosporine” adalah untuk digunakan apabila rawatan lain tidak berkesan atau penyakit ekzema tidak mempunyai apa-apa tindak balas terhadap rawatan lain.
- Ubat “topical immunomodulators” (TIM) adalah krim kulit yang berfungsi dengan mengubah tindak balas sistem imun badan dengan mencegah “flare-ups”.
- Ubat “immunosuppressants” seperti steroid
Terapi - Rawatan tar
- Fototerapi merupakan sejenis terapi yang menggunakan cahaya “ultraviolet” pada kulit
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih