Anonymous
6 tahun
Enam Hari Keluar Darah Coklat. Normal atau Tidak?
Saya seorang wanita berumur 26 tahun telah berkahwin dan tidak mempunyai anak lagi. Saya mempunyai masalah haid di mana pada hari pertama sehingga hari ke enam keluar darah warna coklat pekat tapi tidak banyak. (3/7/19 - 8/7/19) Dalam enam hari tersebut ada juga hari yang darah tidak keluar. Normal haid saya selalunya hari pertama keluar darah warna coklat dan seterusnya warna merah. Adakah haid saya tidak normal doktor? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Haid yang normal berlangsung sehingga 8 hari dengan kuantiti maksimal sebanyak kira-kira 1 sebanyak 1 pad setiap 3 jam. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila terjadi lebih 8 hari atau memerlukan seseorang menggantikan pad setiap 1 jam.
Manakala, haid yang berwarna gelap seperti kecoklatan boleh terjadi sekiranya darah menstruasi anda terlalu sedikit ataupun terdapat sisa darah haid sebelumnya yang belum keluar. Sebab-sebab lain yang dapat menyebabkan haid berwarna gelap adalah:
- peradangan pelvis
- tanda implantasi (sekiranya hamil)
- tanda keguguran (sekiranya hamil)
- lochia (nifas)
- kanser serviks (jarang)
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

































