Sulit
3 tahun
Erectile dysfunction menyebabkab bimbang akan kesihatan dalaman
hi dr, saya seorang lelaki berumur lingkungan 20an,lately saya dapati saya mengalami erectile dysfunction. Malah makin lama saya susah untuk mengeraskan zakar seperti tiada ransangan. adakah saya mati pucuk ? apakah rawatan yang sesuai ? boleh bantu saya dr
terima kasih
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda. Mari kita dalami apakah yang dikatakan sebagai mati pucuk. Mati pucuk mempunyai tiga kategori yang utama. Kesukaran untuk mendapatkan ereksi, kesukaran untuk mengekalkan ereksi dan tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual.
Ianya melibatkan beberapa sistem utama di dalam badan seperti sistem saraf, sistem kardiovaskular serta keseimbangan hormon. Kebiasannya mati pucuk boleh berlaku apabila salah satu atau kesemua sistem-sistem yang telibat ini mempunyai masalah. Oleh sebab itu, sakit jantung, darah tinggi, kolestrol tinggi, obesiti, penyakit Parkinson, multiple sclerosis, merokok, penyalahgunaan dadah dan komplikasi pembedahan boleh menyebabkan mati pucuk.
Selain daripada masalah perubatan, kesihatan mental dan psikologi juga turut boleh memberikan kesan terhadap seseorang seperti perasaan gemuruh ketika bersama pasangan, tekanan perasaaan, masalh di dalam perhubungan dan perasaan rasa bersalah boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Mati pucuk juga boleh berlaku disebabkan oleh kesan sampingan oleh ubat-ubatan yang diambil.
Seseorang itu haruslah diperiksa dahulu oleh seorang doktor agar diagosis yang betul dicapai dahulu sebelum apa-apa rawatan dimulakan. Harap jawapan ini membantu saudara.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor pakar sakit tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.