
Sulit
5 tahun
Faraj keluar darah ketika batuk
Saya berumur 30 tahun dan sedang mengalami batuk. Ketika batuk saya mengalami spotting berwarna pink cair. Adakah batuk saya di tahap Yang teruk? @ ianya normal untuk sesetengah orang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang anda ajukan. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ulasan yang boleh saya berikan ialah anda cuma mengalami spotting dan ia tidak menunjukkan bahawa batuk anda di tahap yang teruk. Untuk masalah spotting pula, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.