
zettyloyy.zl
5 tahun
Faraj luka dan sakit
Saya wanita 20an , selepas berhubungan dengan suami saya terdapat beberapa luka di luar introitus dan sehari selepas itu saya period. Saya sudah pergi berjumpa doc tetapi doc hanya memberikan neomycin. Tp kesakitan itu bertambah apabila saya membuang air kecil. Mcm mana hendak mengurangkan rasa sakit. Saya sudah demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Menurut kenyataan anda, trauma ketika melakukan hubungan kelamin mungkin merupakan punca luka di farah seperti yang anda nyatakan. Bahagian faraj adalah bahagian yang sensitif dan mudah berlaku pendarahan/luka jika terdapat geseran dan trauma.
Buat masa sekarang, anda dinasihati untuk
- kurangkan frekuensi hubungan kelamin supaya luka sembuh
- teruskan penggunaan neomycin
- pastikan bahagian faraj bersih supaya tidak dijangkiti kuman
Anda juga mungkin perlu menjalani pemeriksaan/ujian tertentu untuk mengenalpasti punca masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.