17be01042

3 tahun

Faraj Normal atau Tidak? Penyakit atau sekadar Kotoran?

Saya wanita berusia awal 20an. Secara jujurnya ini baru pertama kali saya melihat faraj sendiri dengan menghalakan cermin dibawah untuk melihat keadaan faraj sebab tertanya-tanya. Keadaan faraj okay cuma saya risau kerana pada dinding sekitar faraj terdapat seperti kesan atau lekatan berwarna putih. Seperti keputihan tapi bukan. Keputihan saya normal berwarna jernih dan jarang berbau. Namun berdasarkan carian di internet, bercak putih di dinding faraj menandakan tanda² tak sihat dan ada risiko mendapat penyakit berkaitan organ² faraj. Saya cuba mencuci putih tersebut dengan tisu lembab secara sangat lembut, hingga hilang dan bilas seperti biasa. Namun selepas cuci saya rasa sakit di bawah itu. Saya juga dah lama tidak pernah lagi gunakan pencuci/pewangi vagina. Mohon penerangan terperinci dan cara penjagaan faraj yang betul.

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah sel putih melekat pada faraj. Berdasarkan keterangan anda, sel putih yang melekat dikenali sebagai keputihan dari faraj. keputihan yang seperti anda perihalkan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen yang ada pada wanita. Hormon estrogen merupakan komponen yang merangsang penghasilan keputihan daripada faraj wanita.

Kebiasaannya, keputihan ini adalah perkara yang normal terjadi pada wanita ketika kedatangan haid. Namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Keputihan ini boleh diklasifikasi kepada dua, iaitu keputihan fisiologi dan juga keputihan patologik.
Keputihan fisiologi bermaksud ia adalah keputihan yang normal. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.

Keputihan patologikboleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit lain seperti jangkitan bakteria, jangkitan kulat dan jangkitan parasit.

Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.

Untuk makluman anda, Faraj wanita mempunyai pelbagai bakteria yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Jangkitan kuman pada faraj berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran seperti penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai. Antara organisma yang boleh menyebabkan jangkitan ialah:

• Gardnerella vaginalis
• Trichomonas vaginalis
• Candida albicans

Justeru itu, untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan. Bagaimanapun, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Jangan biarkan masalah kewanitaan menganggu kehidupan seharian anda. Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan.

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)