Sulit
5 tahun
Frenulum kemaluan bernanah
Salam saya lelaki brumur 25 tahun.nak tanya dekat frenulum kemaluan saya ada luka dn sekarang dia mengeluarkan nanah.Awal2 nampak mcm luka biasa ja tapi skrg dh jadi nanah.apa yg patut sya buat Dr.Terima kasih =)
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keluarnya nanah dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Anda digalakkan agar berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik yang bersesuaian dengan masalah anda. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Maka, bagi mengelakkan situasi memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor. Selain untuk mendiagnosis, sesetengah ubatan seperti antibiotik memerlukan preskripsi dan arahan pengubatan oleh doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan. Ini adalah supaya rawatan yang tepat dengan diagnosisi dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































