Sulit
3 tahun
GASTRIC ,Migraine, Insomnia
Saya adalah perempuan 25 tahun, belum berkahwin,
Saya ada imsonia di mana agak susah nak tido setiap malam. Sangat susah untuk adjust jadual tido. Saya akan termenung sampai ke pagi, pagi baru tido. Dan juga ada migraines. Doctor ada membekalkan saya stock ponstans untuk migraine.
Sejak puasa ni saya upper abdomen saya sakit sangat like menstrual pain cuma di upper abdomen. Setiap kali telan makanan dia sakit dan juga masa puasa tengah hari. Sebelum ni tiada pula. Adakah gastric? Tapi boleh ke makan pontans? Ubat apa yang perlu saya makan jika gastric, Migraine setiap hari?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sakit di bahagian ‘upper abdomen’ boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.