Sulit
3 tahun
Gastrik cirit birit tidak kerap
Saya berusia 16 tahun.5 hari yang lepas saya sudah ke hospital dan sudah mendapat ubat dan suntikan.tetapi saya masih lagi sakit gastrik dan pergi ke hospital untuk kali kedua dan sudah mendapat ubat juga.saya rasa gastrik saya sudah berkurangan kerana saya tidak berasa sesak nafas dan sakit di bawah dada tetapi masih terasa lapar walau sudah makan.tetapi semalam saya cirit tetapi tidak kerap.saya tidak sakit hingga terpaksa ke tandas banyak kali.tpi setiap kali saya berak saya cirit.adakah gastrik saya semakin teruk
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya aktiviti harian anda tidak terganggu lagi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.