
Sulit
4 tahun
Gatal gatal di tubuh badan
Dokbadan kena gatal gatal sy smpi tak tahn garu habis semua luka luka badan dulu pernah terjadi mcm ni dan farmasi bg saya ubat cuci darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Ianya boleh jadi punca sa seperti sebelum atau tidak. Antara masalah yang boleh menyebabkan kulit gatal adalah:
Jangkitan kulat
Ekzema: biasanya disebabkan alahan
Kurap (ringworm)
Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Psoriasis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya selepas punca sebenar diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.