Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Gatal - gatal pada badan

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 19, 2020 8:46 AM

zulfadliruzi 6 hari

Salam sejahtera Doktor. Saya sering gatal - gatal yang mencucuk seperti jarum halus pada dada, perut dan lengan selepas mandi pada waktu malam. Jarang - jarang berlaku selepas mandi di waktu siang. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah menukar pelbagai jenis sabun namun ianya tidak memberi apa - apa penyelesaian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Jangkitan kulat
  • Ekzema: biasanya disebabkan alahan
  • Kurap (ringworm)
  • Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
  • Alahan

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Nov 19 2020 08:46:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang penyakit kulit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Skin problems (vitiligo) I am a woman at age 24y/o. Sorry i’m not good in english when i wanna talk about my skin problem. So may i explain it in BM. Saya dapat penyakit viti ni masa umur 8 tahun dan ianya dah tak mereb… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Tanda lahir atau penyakit kulit saya mempunyai kulit berwarna merah,tetapi tidak gatal,dan bertukar warna apabila sejuk menjadi ungu. ia bukan bintik atau tompok,saya diibaratkan kulit merah. ia di tangan dan di dada.adakah in… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Masalah kutil ketuat Saye lelaki 28 saye ade masalah kutil ketuat di bahagian kemaluan saye ade benjol2 kecik di tepi2 kepala takok…ape yg saye perlubuat buat untuk mengatasi masalah nie doktor? Baca lagi...
6 hari
Sulit
Alat kelamin saya melecet Alat kemaluan saya mengalami gatal2, saya telah menggaru alat kemaluan saya sehingga menyebabkan ianya melecet dan seakan ulser di zakar dan sekelilingnya. Baca lagi...
10 hari
Sulit
Kulit gatal-gatal dan alergik Hi Doctor, saya ada masalah kulit sensitif/gatal/alergic. Takpasti sebab apa kadang2 bukan sebab makanan, mungkin persekitaran atau jenis sabun. Sebelum ni doktor recommend pakai krim hydrocorti… Baca lagi...
9 hari