Sulit
4 tahun
Gatal Gatal pada kulit di vagina
Hi Doc , Saya Berumur 22 tahun Mengalami gatal gatal pada vagina saya seperti timbul bintik bintik ia terjadi bila memakai pad atau di area situ lembab bila tidak dikeringkan betul betul
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada kemaluan. untuk makluman anda, perkara ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan suami anda yang perlu ditanyakan.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera .

































