
Sulit
4 tahun
Gatal pada lubang faraj
saya berumur 25 tahun, belum berkahwin. Saya ada bartholin cyst yg kecil di bibir faraj. selain dari itu, pada lubang faraj juga terasa gatal-gatal. saya keliru sbb cyst tersebut berada di bibir faraj sahaja tapi yg gatal adalah daripada bibir ke lubang faraj saya. adakah gatal-gatal tersebut berpunca dari bartholin cyst tadi atau ada masalah lain? terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal di faraj iaitu:
- Vaginosis bakteria . Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD). Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina). Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.
- Radang disebabkan bahan kimia. Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Bartholin cyst tidak menyebabkan rasa gatal malah jarang membawa simptom. Ia cuma membawa simptom abapila dijangkit. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.