
Sulit
5 tahun
Haid berpanjangan darah sedikit
Saya wanita 38 tahun… ammbil perancang 3 bulan pakai suntikan… 1.ank kedua saya amik perancang same tapi haid datang seperti biase… skrg ank dah 6 tahun… 2. Skarang ank ktiga umo 2thn 6 bulan… perancang yg same… pada 11/12/2019 saya datang haid… tapi darah( warna coklat gelap) sedikit sahaja… selepas 15 hari darah btukar warna ke warna merah ( lendir2 bwarna merah)… dari awal haid saya hanya pakai pantyliner je… tukar time nk sembahyang… sampai sekarang 5/1/2020 masih ade darah lagi… masih sedikit… soalan saya 1. Apekah penyebab ny darah bpanjang tapi sedikit… 2. Kenapa ia btukar warna n blendir darah… 3. Apakah puncanya 4.Kalau tak silap saya awal tahun 2019 saya ade buat padsmear… tak der ape2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada haid yang berpanjang lebih 8 hari, keadaan ini dapat dikenali sebagai perdarahan uterin abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.