
Anonymous
5 tahun
Haid lambat selama 30 hari
adakah berkemungkinan saya pregnant? puting susu saya rasa sakit dan bengkak. biasanya ini adalah tanda sebelum haid. bulan lepas, puting sakit juga namun tiada sebarang darah yg keluar sehingga ke hari ini. saya tertanya adakah mungkin saya hamil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Stress (fizikal dan emosi)
- Kurang berat badan
- Tiada ovulasi ("Anovulation)
- Ubat-ubatan
- Masalah kalenjar tiroid, pituitari ataupun ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.