bycikanie
5 tahun
Haid lewat 11 hari upt negative
Hi Doctor. Saya baru berkahwin selama 4 bulan. Sebelum kahwin dan beberapa bulan selepas kahwin kitaran haid saya 30 hari dan ianya tetap dan teratur kecuali bulan lepas saya lewat 11 hari, saya check upt dan resultnya -ve… Kemudian darah haid turun macam biasa dan berketul-ketul… Dan hari ini sepatutnya kitaran haid saya bermula tapi masih tiada simptom untuk datang haid. Cuma beberapa hari lepas bahagian bawah kiri perut saya seakan berdenyut dan cramp lebih2 lagi bila tunduk. Dan sekarang rasa berdenyut tu seperti bergilir di bahagian bawah perut kiri dan kanan.
Soalan saya, adakah kitaran haid saya akan berubah menjadi 40 hari atau saya mengalami keguguran atau adakah disebabkan masalah hormon… Dan jika masalah hormon dan stress adakah kitaran haid saya akan kembali normal? Terima kasih doctor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 9 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























