
Sulit
5 tahun
Haid lewat datang tp tidak mahu buat upt
Saya berumur 41thn…regular period. Tp bln ni, haid saya lewat 1 minggu. Saya tidak bersedia utk mengandung kerana mengadung sblm ni ada kopmplikasi spt pre eclampsia dan anak tak lahir prmatang. Bolehkah saya terus mengambil ubat utk terus turunkan haid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan- Anda boleh lakukan UPT untuk memeriksa status kehamilan anda.
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh adik anda dengan tepat terlebih dahulu. Kemudian barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Untuk itu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.