
Sulit
5 tahun
Haid saya tidak teratur sehingga saya tidak period selama 4 bulan. Masalah ini membuat saya jadi stress dan bingung
Saya sekarang berumur 25 tahun. Semenjak umur saya lebih 20, saya kerap mengalami kelewatan haid malah sehungga 3 bulan.
Saya mula haid berumur 14 tahun. Tapi saya pernah mengalami lewat haid selama 3 bulan sejak umur 15 tahun.
Masalah tersebut jarang berlaku namun berulang pada masa sekarang. Saya bingung. Adakah ia normal?
Sekarang saya mengalaminya lagi. Sehingga sayan tidak haid selama 4 bulan sejak disember 2019. Pada tahun 2019 saya hanya period beberapa kali. Ia membuatkan saya bingung dan stress. Apabila saya pergi ke klinik. Doktor mengatakan sata stress dan masalah berat badan. Padahal berat badan saya tidak naik. Ia sama dan pernah juga turun tapi akan naik cuma tidak lebih.
Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya juga baru sekali menerima pil dari klinik untuk dtg haid tapi saya tidak mahu bergantung dengan pil tersebut kerana saya bimbang akan ada masalah lain jika saya kerap bergantung dengan pil.
Saya juga sering menjaga makanan dan bersukan seperti jogging dan senam. Kadang2 saya merasakan saya tidak stress sama sekali. Tapi apabila melihat orang lain period, saya tidak. Saya akan bingung dan lalu memikirkannya sehingga mood saya jadi “down”.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.