Sulit
3 tahun
Haid tidak datang daripda bulan 1 2020 shingga sekarang
Saya berumur 25 Thun … haid saya tidak datang dripd bulan 1 2020 shingga skrng. APA pncanya dktor
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah lewat haid yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain kehamilan. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur:
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet:
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan:
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai saranan umum yang anda boleh ikut untuk mempunyai kitaran haid yang teratur seperti:
- Kurangkan berat badan
- Rujuk doktor jika ambil pil perancang
- Amalkan hidup dan pemakanan sihat
- Rujuk doktor jika mengalami masalah jerawat atau rambut pada wajah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk merawat masalah haid lewat supaya kitaran haid anda kembali teratur Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.