
Sulit
3 tahun
Haid tidak muncul setelah seminggu dan menjadi kerisauan dalam usia sekarang
Sy berumur 38thn dan mempunyai berat badan sekitar 87kg dan telah mpunyai 4 org chaya mata. Merancang utk tidak lg punyai ank,kami suami isteri merancang sendiri tanpa alat bantuan kehamilan setelah hampir 5 tahun umur ank kami yg kecil ini. Adakala haid sy pernah lewat seminggu juga tp tidak selalu dan ini adalh kelewatan ke3 dlm 5 tahun merancang dan kali ini lebih dr seminggu dan amat merisaukan kami suami isteri. Tanda2 sakit di payudara mmg muncul seperti biasa sblm haid keluar setiap bulan.Jerawat nakal dimuka keluar sebiji dua, apakah ini mmg normal akan kelewatan period saya atau sy hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid lewat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, selain kehamilan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kesan ubat-ubatan tertentu
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.