Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid yang sedikit dan tidak menentu. selepas keguguran

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 1, 2020 3:49 PM

Sulit 53 hari

saya wanita dalam 20an. minggu lepas, saya sakit di nipples, dan 5 hari yang lalu keluar coklat yang sedikit, selama beberapa hari. saya tak pasti sama ada itu period atau tidak sebab hari tersebut memang due period.
nipple saya masih lagi sakit sehingga sekarang. upt negative.
adakah saya period? atau hormon tak menentu disebabkan keguguran yang lalu?

p/s : saya baru lepas keguguran bulan 6 , dnc dan telah 2 kali period cycle.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai kesakitan pada kawasan puting payu dara serta pengeluaran discaj berwarna coklat. Anda telah memaklumkan bahawa anda pernah mengalami keguguran.
Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan masalah anda:

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Kedatangan haid secara semula jadi menyebabkan rasa sakit pada puting payu dara
  • Kanser payu-dara
  • Penyakit sista ovari (PCOS)
  • Jangkitan kuman (Sexually transmitted infections)
  • Penyakit keradangan pelvis (PID)
  • Penggunaan pil perancang.
  • Pendarahan yang berketul hasil daripada Dilatation and Curretage yang pernah dilakukan.
  • Kanser ovari atau serviks.
  • Kecederaan pada rahim yang pernah dialami ketika keguguran.

Sekiranya anda mengalami sakit perut, pendarahan berlebihan, pengeluaran nanah dari puting atau vagina, ataupun masalah anda menjadi teruk dan berpanjangan, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.

Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Sep 01 2020 15:49:34 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Menambah ketinggian badan 20+ Hi doc, umur saya 20 tahun. Ada potensi ke untuk tambah ketinggian bagi perempuan? Ketinggian boleh ditambah sehingga umur berapa ya doc? Adakah senaman regangan membantu ? Terima kasih doc Baca lagi...
3 hari
Sulit
Haid: Saya period saya tamat pd 7/10 tetapi pd 15/10 terdapat lendir serta sedikit darah dan berasa letih dan sakit pinggang sedikit.Adakah ini darah penyakit Saya period saya tamat pd 7/10 tetapi pd 15/10 terdapat lendir serta sedikit darah dan berasa letih dan sakit pinggang sedikit.Adakah ini darah penyakit. Baca lagi...
10 hari
Sulit
Saya sudah bertanyakan soalan semalam tetapi masih ragu-ragu dengan pemasalahan saya. Tarikh period terakhir saya adalah pada 27 September 2020. Kemudian saya telah melakukan hubungan seks dengan menggunakan kondom pada 2 Oktober 2020 Pada 2 Oktober 2020 iaitu hari yang sama saya melakukan hubungan seks, saya telah mengambil postinor-2 sebagai langkah berjaga-jaga kerana saya bimbang akan risiko kondom bocor tanpa disedari da… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Haid yg berpanjangan Saya surirumah berusia 50 tahun. Saya mempunyai 7 org anak2 yg telah dewasa. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami gejala haid yg berpanjangan. Baca lagi...
6 hari
Sulit
Haid yg berpanjangan. Ketidak selesaan dlm urusan seharian Saya surirumah berusia 50 tahun. Saya mempunyai 7 org anak2 yg telah dewasa. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami gejala haid yg berpanjangan. Tetapi bulan September saya mengalami haid selam… Baca lagi...
6 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!