Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hepatitis bs antibody

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Januari 25, 2021 10:57 AM

Sulit 17 bulan

Doctor, i just want to ask. Saya baru dapat buat medical checkup dan saya dapati resultnya okay. Tapi saya ingin bertanya, apakan maksud hepatitis Bs antibody (CMIA) sekiranya resultnya adalah non reactive (<10 IU/L) note: non-immune to HBV infection?

Dr Sashini Seeni 17 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda,bagi mengesan antibodi terhadap antigen permukaan HBV (Anti-HBs), ianya diuji menggunakan chemiluminescent microparticle immunoassay (CMIA) yang mengesan IgG anti-HBs. Ujian ini ditunjukkan untuk menilai tindak balas terhadap vaksinasi HBV, penentuan status imun HBV dan untuk diagnosis jangkitan HBV ketika digunakan bersama dengan data klinikal dan makmal lain.
Untuk penentuan status imun, hasil yang non-reactive dan equivocal dianggap non-immune. Ujian ini tidak membezakan antara jangkitan dan vaksinasi. Beberapa hasil lab lain adalah diperlukan untuk kesimpulan yang sempurna boleh dibuat.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih

Dikemaskini pada: Mon Jan 25 2021 10:57:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit  tentang hepatitis b secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80