
Sulit
4 tahun
Vaksin utk hepatitis B
Salam sejahtera doktor. Sy mempunyai 3 soalan mengenai vaksin hepatitis B yang memerlukan pencerahan dari doktor. Umur sy 19 tahun.
- Bagaimanakah prosedur lengkap utk memperoleh vaksin hepatitis B di klinik kerajaan? 
- Adakah vaksin Hepatitis B dapat diperoleh di klinik yng berlainan atau tidak, misalnya: dos 1 diambil di klinik A, dos 2 diambil di klinik B, dos 3 diambil di klinik kerajaan…hal ini kerana sy mungkin tidak berada di suatu tempat yng tetap sbb sy merupakan pelajar universiti dan mungkin sy perlu kembali ke/dari universiti dlm tempoh perolehan ketiga-tiga dos vaksin tersebut. 
- Berapa lamakah jarak yng sesuai utk mengambil vaksin hepatitis B setelah dos ke-2 vaksin Covid-19? 
Thank you in advance, Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan-soalan anda.
- Vaksin Hep B hanya terdapat di sesetengah klinik kerajaan. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk menghubungi klinik kerajaan yang berdekatan untuk mengetahui secara lanjut. Anda juga boleh mendapatkan vaksin Hep B di mana-ma klinik swasta. 
- Sebaiknya anda mendapatkan di satu klinik untuk memastikan anda mendapat jenama vaksin yang sama untuk ketiga-tiga dos. Ada kemungkinan klinik lain menggunakan jenama vaksin yang berlainan. 
- Anda boleh mengambil vaksin Hep B 2 minggu selepas menerima vaksin Covid-19. 
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
























