Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Isteri saya mempunyai hepatitis B. Sekarang kami mengunakan kondom jika bersama kerana saya belum mengambil suntikan vaksin. Adakah saya akan terdedah dengan jangkitan jika bercium, menghisap payudara atau cecair faraj isteri terkena pada saya?
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami akan cuba membantu anda dalam menerangkan tentang penyakit Hepatitis B.
Untuk makluman anda, Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B. Antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada jangkitan Hepatitis B adalah:
Oleh itu, aktiviti yang anda lakukan bukan saja mendedahkan malah meningkatkan risiko kepada diri anda untuk mendapat jangkitan hepatitis b. Disarankan untuk anda berhenti melakukan aktiviti tersebut dan amalkan langkah berjaga-jaga disamping dapatkan pemeriksaan doktor jika terdapat sebarang gejala yang mencurigakan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda masih mempunyai soalan setelah membaca penerangan ini, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi atas talian dan pihak doktor kami akan menerangkan dengan lebih lanjut. Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.