Sulit

3 tahun

Virus, Vaksin, Jangkitan Hepatitis B & Bengkak Hati

Selamat sejahtera doktor2 sekalian,
Saya sorang pengidap hepatitis B yang telah mengalami bengkak hati. saya masih bujang dan ingin bertanyakan beberapa soalan.

  1. Saya ada buat rawatan dihospital dan doctor memberikan saya ubat Tenofovir DF 300mg untuk dimakan sebiji sehari dan bacaan virus dalam badan saya sudah semakin menurun. Doctor kata virus dalam badan saya hanya ditidurkan & tidak akan hilang. Soalan saya adakah virus yang ditidurkan itu boleh menjangkiti isteri saya bila saya berkahwin kelak? Apakah perkara yang boleh menyebabkan virus itu menjadi aktif kembali?

  2. Berkenaan vaksin, soalan saya adakah vaksin hanya diberikan kepada orang yang negative untuk elakkan jangkitan? Adakah vaksin tidak berkesan untuk orang yang dah positive macam saya? Dan kalau berkesan adakah vaksin dapat menghilangkan menghilangkan virus yang ditidurkan itu?

  3. Saya ada baca beberapa artikel & soaljawab. saya terbaca yang pengidap hepatitis B boleh berkahwin asalkan bakal isteri divaksinkan tetapi digalakkan menggunakan kondom ketika membuat hubungan.
    Soalan saya, adakah terdapat kebarangkalian yang isteri boleh berjangkit walaupun telah divaksinkan jika tidak memakai kondom? Berapa lamakah vaksin dapat melindungi isteri daripada virus? Seumur hidup atau isteri perlu ambil vaksin secara berkala?
    Jika suami isteri membuat hubungan dan mengandung, adakah bayi dalam kandungan itu juga mempunyai virus hepatitis B dalam badannya?

  4. Selain jangkitan melalui air mani & darah, adakah virus ini juga boleh menjangkiti melalui mulut(air liur) atau pun melalui udara ketika seseorang tu batuk atau bersin?

  5. Adakah hati yang bengkak boleh jadi normal balik? Adakah saya perlu mengamalkan diet2 tertentu?

Sekian terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah Hepatitis B ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Cecair badan seperti darah atau air mani,
  • Melalui perkongsian jarum antara penagih dadah
  • Penyebaran virus dari ibu kepada bayi semasa bersalin
  • Aktiviti seksual yang tidak terlindung.

Berkenaan soalan dari pihak Tuan,

  1. Isteri anda tergolong dalam kalangan risiko tinggi untuk menghidapi Hepatitis B jika anda tidak memakan ubat yand diberikan doktor. Namun begitu, risiko ini menurun jika anda menggunakan kondom dan memakan ubat yang telah diberikan doktor. Anda perlu memakan ubat Tenofovir itu mengikut saranan doktor.

  2. Vaksin untuk Hepatitis B diberikan kepada kanak-kanak, golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapi Hepatitis B seperti pasangan yang mempunyai suami atau isteri positif Hepatitis B, doktor dan jururawat yang terdedah kepada pesakit Hepatitis B, penagih dadah. Golongan yang sudah positif Hepatitis B tidak akan menerima vaksin Hepatitis B kerana vaksin tersebut tidak akan berkesan.

  3. Soalan yang dilontarkan ini bagus kerana menyentuh aspek vaksinasi Hepatitis B kepada pasangan. Untuk makluman anda, penghidap Hepatitis B boleh berkahwin dan amat penting untuk pasangannya menerima suntikan vaksinasi Hepatitis B berkala mengikut saranan doktor yang memberikan vaksinasi. Anda juga amat digalakkan memakai kondom supaya kebarangkalian untuk pasangan anda positif Hepatitis B adalah rendah. Jika pasangan wanita anda positif Hepatitis B, terdapat risiko untuk bayi kandungan itu dijangkiti Hepatitis B. Oleh yang demikian, doktor akan memberikan vaksinasi kepada bayi anda selepas dilahirkan agar mendapat perlindungan daripada Hepatitis B.

  4. Virus Hepatitis B tidak akan berjangkit melalui air liur, batuk dan bersin.

  5. Untuk makluman anda, anda perlu sentiasa memakan ubat dan tidak boleh langsung meminum minuman beralkohol. Anda juga perlu sentiasa berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan berkala.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)