
Anonymous
6 tahun
Herpes, saya sedang sakit di bahagian mulut dan beberapa tempat di dagu badan dan di bahagian alat sulit
Saya sudah berkhawin hampir 2 tahun. Sebelum berkahwin saya pernah menghidap masalah herpes. Penyakit ini sekarang dtg menyerang saya kembali. Saya dah pun ke farmasi membeli ubat herpes tetapi masih pedih dan sakit setelah 4 hari mengambil ubat tersebut. Boleh ker saya dapatkan zovirax?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.Bagi menjawab soalan yang diajukan, terdapat rawatan yang komprehensif untuk penyakit Herpes ini.
- Bagi Herpes di alat kelamin, rawatan boleh dibahagikan kepada jangkitan kali pertama dan jangkitan yang berulang.
- Mengikut panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan, rawatan spesifik dan rawatan sokongan akan diberi.
- Bagi rawatan sokongan, anda akan diberi gel penahan sakit dan larutan garam bagi membersihkan tempat jangkitan tersebut. Sebarang jangkitan kuman susulan juga akan dirawat secara berkadar.
- Untuk rawatan anti-viral yang lebih spesifik, anda akan diberi pil anti-viral untuk diambil dalam masa 5 hari bermulanya episod jangkitan tersebut atau ketika lepuh baru muncul.
Untuk mendapatkan rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!