
Sulit
4 tahun
Hilang nafsu sex dan putus haid
SAYA WANITA BERUMUR 5O TAHUN PADA AUG 2021, MASAALAH PADA 10 TAHUN SEBELUM NI SAYA ADA FIBROID TAPI SAYA TIDAK AMBIL TINDAKAN APA-APA. SEKARANG SAYA PUTUS HAID DAN HILANG NAFSU SEX. APA YANG PERLU SAYA BUAT UNTUK MENGEMBALIKAN NAFSU SEX SAYA?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah seksual iaitu kehilangan nafsu untuk bersama pasangan.
Untuk makluman anda, gejala hilang nafsu dan putus haid pada wanita berusia 50 tahun ke atas biasanya adalah normal dan ini berlaku akibat satu fenomena yang di panggil menopaus.
Selain hilang nafsu seks dan putus haid, wanita menopaus juga boleh mengalami gejala lain seperti:
- Sukar tidur pada waktu malam
- Terasa panas dan kerap berpeluh pada waktu malam
- Kering pada faraj
- Berat badan meningkat
- Sakit kepala
- Lain-lain
Selain itu, kehilangan nafsu seks juga boleh dicetuskan oleh perkara seperti
- Penyakit seperti tiroid, fibroid & endometriosis
- Tekanan mental
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah hubungan suami isteri
Bagi mengetahui punca masalah anda ini, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor