
Sulit
4 tahun
Hipotensi bagi hypertension
Suami saya disahkan hypertension. Baru discaj. doc ada bekalkan satu ubat tambahan frusemide . balik rumah makan ubat seperti biasa. secara tiba2 dia hipotensi 89/57 . apakah tindakan selanjutnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, tertima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang suami anda alami. Untuk maklumat anda, perkara yang suami anda alami tersebut adalah disebabkan oleh tindak balas badan terhadap ubat tersebut di mana ubat tersebut berfungsi untuk menurunkan tekanan darah suami anda. Tetapi berdasarkan kenyataan anda, perkara ini perlu diberikan perhatian kerana bacaan tekanan darah adalah terlalu rendah. Anda perlu segera membawanya berjumpa dengan doktor untuk tindakan selanjutnya.
Tekanan darah yang normal untuk individu yang sihat adalah di antara 90/70 dan 129/89. Sekiranya tekanan darah kurang atau lebih dari julat ini, ia perlu diberikan perhatian.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami. Terima kasih.