
Sulit
4 tahun
HIV Test Pra Perkahwinan
Saya lelaki berumur 33 tahun. 5-7 tahun saya pernah melanggan pelacur. Penyesalan tu memang tidak akan berakhir.
Semasa melakukan ujian HIV untuk pra perkahwinan (kali ke-3), saya ada ‘tick box’ pernah melanggan pelacur. Soalan saya, adakah rekod pernah melanggan pelacur tu akan ada dalam database KKM? Saya amat risau jika bakal isteri / isteri (staff KKM) saya akan check database dan akan kecewa dengan saya. Mintak penjelasan dari pihak doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, maklumat peribadi anda akan disimpan dengan rapi dan boleh diakses oleh doktor yang melihat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.