
Sulit
3 tahun
Hubungan kelamin suami isteri
Selamat petang. maaf, just nk tahu, apa jenis cecair yang keluar ketika memainkan kelentit isteri? adakah ia memberi kesan jika tertelan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda tentang cecair yang keluar dari kelentit dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, antara penyakit yang boleh mengakibatkan keluarnya cecair dari faraj adalah seperti berikut;
- Candidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Cecair yang keluar disebabkan oleh jangkitan-jangkitan ini adalah berbeza bagi setiap jangkitan. Cecair kuning selalunya adalah disebabkan oleh trichomonas atau gonorea. Namun begitu ujian perlu dilakukan untuk mengenal pasti organisma yang terlibat dengan mengambil sample dari cecair tersebut. Kaedah ini juga dapat mengenal pasti antibiotik yang berkesan jika organisma yang menjangkiti anda adalah bakteria.
Anda boleh berhubung dengan doktor ataupun doktor pakar sakit puan kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan