Sulit
6 tahun
Hubungan kelamin tapi tidak ejakulasi
Saya lelaki berumur 29 tahun, saya sudah 3 tahun berkahwin. Tetapi saya sentiasa mengalami masalah tidak ejaculate ketika membuat hubungan kelamin, ini membawa masalah stress dan sukar untuk mendapatkan zuriat. Apakah yang saya patut buat atau perlu lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tidak ejakulasi boleh disebabkan oleh masalah psikologi seperti kerisauan dalam memuaskan pasangan ketika hubungan dijalankan sehingga mempengaruhi kebolehan untuk ejakulasi. Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah struktur organ reproduktif anda seperti masalah pada saluran zakar anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































