
Anonymous
6 tahun
Hubungan seks sehari selepas habis haid
ketika wanita habis period hariini dan dia melakukan hubungan seks bersama pasangan adakah dia dalam keadaan tidak subur?adakah dia boleh mengandung?atau perlu menunggu waktu subur baru melakukan hubungan seks.

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh puan. Waktu kesuburan seseorang itu bergantung pada kitaran haid yang teratur dan tempoh period yang dialami.Walaubagaimanapun waktu kesuburan secara amnya dikatakan bermula dari hari ke 14 hingga ke hari 16.
Jikalau anda mempunyai hasrat untuk mengandung adalah digalakkan untuk menunggu waktu subur, namun mengadakan hubungan seks pada masa anda tidak subur masih mempunyai risiko untuk hamil walaupun rendah.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih