Sulit
2 tahun
Ingin kepastian mengenai kesuburan air mani
untuk Hi doktor, saya suami yang berumur 39thn dan telah mendirikan rumahtangga masuk 6 bulan… sehingga kini isteri saya blm lagi hamil krn kmi pjj, saya sebulan sekali baru dapat balik kg dan bersma… Dsini saya nak mengetahui bagaimana kah cara nya untuk memekatkan air mani krn saya melihat air mani saya cair dan berbau seperti colorox… adakah saya kurnag subur ataupn kmi jarang bersama menyebabkan isteri belum hamil sehingga kini… tq doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham bahawa anda inginkan kepastian mengenai kesuburan air mani dan pandangan tentang kehamilan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, faktor-faktor sukar untuk hamil secara amnya boleh berpunca dari kedua-dua jantina, iaitu
Faktor lelaki:
- Merokok; merokok merupakan salah satu punca utama mengapa lelaki kurang subur dan boleh menjurus kepada kegagalan ereksi ( erectile dysfunction )
- Alkohol; alkohol mengurangkan isipadu air mani dan kualiti sperma
- Obesiti
- Stres
Faktor wanita:
- Kitaran haid tidak teratur
- Penggunaan kontraseptif (pil, implan atau IUD)
- Stres
- Obesiti
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor, termasuk:
- Uterine fibroid
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Endometriosis
- Kegagalan ovari ( Ovarian dysfunction )
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih