Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ingin tahu kitaran yg betul

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 20, 2021 9:14 AM

Sulit 3 bulan

Doc…
Bln April haid sy pd 8hb-16hb
Bln Mei 16hb - 23hb
Jadi bilakah haid pada bulan ini dan brpekah sbnarnya jumlah kitaran haid sy?
Terima kasih

Dr Sri Viknarajan 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Berdasraakan keterangan anda, anda ingin mengetahui tarikh sebenar datang haid pada bulan berikutnya. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk pengetahuan anda kitaran haid yang normal adalah apabila jarak antara dua kitaran sebanyak 21 hingga 35 hari. Lebih atau kurang dari jarak tersebut boleh menandakan kitaran haid yang tidak teratur serta sukar untuk diramalkan. Fenomena seperti ini boleh disebabkan oleh

  • Faktor stres
  • Kadar hormon yang tidak seimbang
  • Penggunaan pil perancang

Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor, seperti

  • Polip atau fibroid rahim
  • Endometriosis
  • Keradangan pelvis

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sun Jun 20 2021 09:14:20 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19