Sulit
5 tahun
Isteri takut untuk melakukan hubungan seks secara normal
Saya dah kahwin hampir 4 tahun…apa yang patut saya buat…isteri memang langsung tak nak mencuba…harap dapat membantu saya…terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terlebih dahulu, anda perlu duduk dan berbincang secara terbuka dengan isteri tentang ketakutan tersebut. Masalah ini memang normal bagi para wanita mahupun lelaki. Bukan semua wanita yang mengadakan hubungan intim akan berasa sakit mahupun berdarah tetapi jika perkara tersebut berlaku, tidak perlu terlalu risau kerana geseran antara alat sulit yang tidak terangsang atau dalam keadaan relaks mungkin akan menyebabkan luka kecil ,melainkan jika pendarahan terlalu banyak
Justeru itu, pasangan wanita perlu berada dalam keadaan relaks secara fizikal, emosi dan mental sebelum mengadakan hubungan intim. Keadaan ini boleh dicapai melalui kaedah ‘foreplay’. Pihak lelaki tidak boleh memaksa pasangan mereka dan perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada kehendak pasangan semasa hubungan intim. Oleh itu, komunikasi antara pasangan sangat penting. Encik perlu memberi masa kepada pasangan untuk berasa selesa dengan aktiviti intim. Anda berdua boleh mencuba secara berperingkat bermula dengan ‘foreplay’.
Namun disebabkan masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat dengan lebih mendalam serta rawatan yang tepat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

































