
Sulit
3 tahun
Jadual pil perancang, keberkesanan selepas rehat 7 hari cycle pertama
Hello doctor, saya ingin bertanya mengenai waktu/tempoh berkesan pil perancang 21 hari. Selepas rehat 7 hari dan masuk pengambilan pil cycle ke 2/seterusnya, perlukah tunggu 7 hari pengambilan pil dahulu untuk berhungan dengan suami tanpa perlindungan? atau berapa minimun hari/pil perlu diambil selepas rehat 7 hari untuk boleh bersama tanpa perlindungan #pilyasmin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, 1 strip pil perancang mempunyai 21-28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Menurut penelitian, penggunaan sesuai arahan dapat mengelakkan kehamilan sehingga 95%.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda berkonsultasi dengan doktor atau pusat perubatan anda untuk mendapatkan informasi pemakaian yang lebih khusus tentang pil perancangan yang terbaik buat anda sekeluarga.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan